Sunday, 1 April 2018

Persediaan untuk bakal kaunselor

dah lama tak bersiaran. maklumlah, busy sikit dua tiga hari ni, busy dengan assignment dan tugas-tugas yang lain..hehe. malam ni baru ada masa untuk mencoret sikit. .ok la, berbalik kepada topik asal, semestinya untuk berjaya pada masa akan datang kita memerlukan persediaan yang rapi, ye dok?. hehe
banyak aktiviti yang telah kami lalui sepanjang 4 semester ni. aktiviti atau program yang kami lalui adalah semestinya untuk menyiapkan diri kami sebagai bakal kaunselor yang berjaya pada masa akan datang.


Antara program yang telah kami lalui ialah Training Of Trainer (TOT).  program tersebut melibatkan semua ahli-ahli dalam unit Bimbingan dan Kaunseling bermula daripada semester 1 sehingga 6.  ahli persatuan Bimbingan dan Kaunseling diberi nama KASIH.  kami menjalani program ini selama 3 hari 2 malam.


gambar semasa program Train Of Trainer(TOT)





banyak ilmu-ilmu baharu yang telah saya peroleh sepanjang menjalani program ini dan ilmu tersebut dapat digunakan apabila saya bergelar kaunselor kelak, semoga saya dapat menjadi seorang kaunselor yang berjaya pada masa akan datang...













sepanjang semester 3. ada antara kenangan yang saya xboleh lupakan sampai ke hari ini. bile diingat balik, rasa macam nak tergelak sorang-sorang pula.. kami mendapat satu tugasan secara berkumpulan untuk meningkatkan keyakinan diri, satu kumpulan seramai 5 orang . tugasan tersebut boleh dipilih antara untuk memakai kotak dengan tulisan yang menarik perhatian orang ramai atau dengan menemubual  orang yang berlawanan jantina untuk mengatasi rasa malu atau tiada keyakinan diri. kumpulan kami memilih untuk memakai kotak dengan tulisan besar. pada awalnyamemang rasa malu tetapi selepas  melakukan tugasan tersebut, sedikit demi sedikit perasaan malu dapat saya atasi dan saya rasa lebih berani dan berkeyakinan. walaupun keyakinan diri itu tidak datang dalam masa yang singkat, tetapi memerluakn sedikit masa untuk dipupuk, tetapi daripada tugasan ini sedikit demi sedikit dapat membantu saya untuk memupuk keyakinan diri. hehehe, best sangat





ni la gambar saya masa buat tugasan tu. .muka burn sikit. .huhuuu











No comments:

Post a Comment