Thursday, 3 May 2018

"Boost Your Confidence" SMK Dato'Panglima Perang Kiri, Tapah Road

Pada hari Khamis minggu lepas, kami telah menjalankan program yang mensasarkan pelajar tingkatan 4 di SMK  DPPK yang terletak di Tapah iaitu kira-kira satu jam daripada Tanjung Malim. Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan keyakinan diri para pelajar Tingkatan 4
memandangkan mereka akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan. selain itu,  tujuan program ini juga ialah bagi meningkatkan keyakinan diri untuk berani bercakap di hadapan serta melatih diri peserta untuk menyemai nilai-nilai murni, semangat kerja berpasukan dan sikap tidak mementingkan diri sendiri. 




sebelum bertolak






kami bertolak dari UPSI pukul 7.40 dan smpai kira-kira pukul 9 pagi.









dah smpai...














setelah sesi berkenal-kenalan dengan adik-adik SMK DPPK, kami melakukan sedikit permainan yang dinamakan 'you but not you'. maklumlah, baru sampai kan, ambik mood dulu, hehehe..







aktiviti yang dijalankan sebelom start program











kemudian, kami memulakan program, kami mulakan dengan slot 'ice breaking' yang dinamakan 'find me if u can'.  dalam slot ini, peserta perlu mencari rakan mereka yang membuat 'misi' yang diberikan oleh fasilitator. peserta perlu lah berfikir secara kreatif untuk meneka rakan mereka.  contoh, 'misi' tersebut ialah mengangkat tangan atau mengenyit mata. 


Sunday, 1 April 2018

Persediaan untuk bakal kaunselor

dah lama tak bersiaran. maklumlah, busy sikit dua tiga hari ni, busy dengan assignment dan tugas-tugas yang lain..hehe. malam ni baru ada masa untuk mencoret sikit. .ok la, berbalik kepada topik asal, semestinya untuk berjaya pada masa akan datang kita memerlukan persediaan yang rapi, ye dok?. hehe
banyak aktiviti yang telah kami lalui sepanjang 4 semester ni. aktiviti atau program yang kami lalui adalah semestinya untuk menyiapkan diri kami sebagai bakal kaunselor yang berjaya pada masa akan datang.


Antara program yang telah kami lalui ialah Training Of Trainer (TOT).  program tersebut melibatkan semua ahli-ahli dalam unit Bimbingan dan Kaunseling bermula daripada semester 1 sehingga 6.  ahli persatuan Bimbingan dan Kaunseling diberi nama KASIH.  kami menjalani program ini selama 3 hari 2 malam.


gambar semasa program Train Of Trainer(TOT)





banyak ilmu-ilmu baharu yang telah saya peroleh sepanjang menjalani program ini dan ilmu tersebut dapat digunakan apabila saya bergelar kaunselor kelak, semoga saya dapat menjadi seorang kaunselor yang berjaya pada masa akan datang...













sepanjang semester 3. ada antara kenangan yang saya xboleh lupakan sampai ke hari ini. bile diingat balik, rasa macam nak tergelak sorang-sorang pula.. kami mendapat satu tugasan secara berkumpulan untuk meningkatkan keyakinan diri, satu kumpulan seramai 5 orang . tugasan tersebut boleh dipilih antara untuk memakai kotak dengan tulisan yang menarik perhatian orang ramai atau dengan menemubual  orang yang berlawanan jantina untuk mengatasi rasa malu atau tiada keyakinan diri. kumpulan kami memilih untuk memakai kotak dengan tulisan besar. pada awalnyamemang rasa malu tetapi selepas  melakukan tugasan tersebut, sedikit demi sedikit perasaan malu dapat saya atasi dan saya rasa lebih berani dan berkeyakinan. walaupun keyakinan diri itu tidak datang dalam masa yang singkat, tetapi memerluakn sedikit masa untuk dipupuk, tetapi daripada tugasan ini sedikit demi sedikit dapat membantu saya untuk memupuk keyakinan diri. hehehe, best sangat





ni la gambar saya masa buat tugasan tu. .muka burn sikit. .huhuuu











Thursday, 22 March 2018

Masam-masam Manis

Bercuti sambil berprogram, huhuuuu. 2 in 1

Semester lepas iaitu semester 3, kami pergi ke Pulau Pangkor untuk mengikuti kursus Anda Hebat Anda Cemerlang Siri 2 anjuran Pusat Kaunseling UPSI.  pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Rasa gembira, enjoy dan have fun. best sangat2. Banyak aktiviti yang kami lakukan sepanjang kursus ini dan banyak ilmu yang kami peroleh.  orang kata pengalaman tak boleh dibeli, tetapi perlu dicari, betul tak?hehehe...semoga dengan pengalaman-pengalaman ini dapat mempersiapkan diri saya untuk menjadi kaunselor yang hebat dan berjaya suatu hari nanti, begitulah hendaknya,






                                               mula-mula sampai >]










                                                      Semasa kursus berlangsung...






Ni gambar selepas naik banana boat. First time kot naik banana boat, huhuu, selalu tengok orang naik je, tak berani nak naik, tapi hari tu, tiba-tiba datangnya keberanian nak naik banana boat. teringin kan, heheh, teringin nak cuba sesuatu yang rare gitu. .huhuu. .ok lah naik dan perasaan masa naik tu tak ada lah takot sangat tapi more to gembira dan enjoy. .huhuuu


























Di dalam feri,  bye2 Pangkor Island.. semoga kite berjumpa lagi. hehe.  harap dapat pergi lagi, pergi dengan family pulak..




Wednesday, 21 March 2018

Di Sini Perjuangan bermula

Assalamualaikum...sambung lagi, sepanjang setahun lebih berada dekat UPSI ni, segala pahit manis telah saya lalui, ada yang sedih, ada yang gembira, biasalah pengalaman kan...huhuuu. .yang sedih akan cuba ku hapuskan dari kotak ingatan ini, chewahh, dan yang gembira akan ku kenang sampai habis belajar dan sampai berkonvo nanti, inshaAllah. antara kenangan manis ialah kitorang satu kelas pernah pergi bersantai-santai di tasik kegemaran budak-budak UPSI iaitu tasik Proton City. kitorang buat makan-makan dan saling bertukar hadiah, masa tu hujung semester 1. hari tersebut dinamakan Kaizen Day. Opss lupa nak bagitahu nama batch kami Kaizen.  nak tahu tak apa maksud dia, haa untuk pengetahuan korang, nama ini dipilih kerana bunyinya macam gempak, hehehe, memang gempak pun dan maksud dia pun gempak gitu, maksud Kaizen ni pembaharuan yang berterusan. gempak kan, hehe, semoga sentiasa ada pembaharuan dalam diri kami.




ni lah gambar kami berpicnic di tasik Proton City '>]









Masa kami mula2 sampai, saya terpegun dengan keindahan tasik ni, dalam hati berkata cantiknya tempat ni, pemandangan yang menghijau, ada taman permainan kanak-kanak, ada pokok-pokok yang menghijau.  kelihatan ramai orang sedang beriadah dengan kawan-kawan, pasangan, dengan family. kelihatan kanak-kanak gembira bermain di taman dan nun jauh disana kelihatan orang sedang berjogging dan ada kanak-kanak yang sedang bermain buih sabun, seronoknya, rasa tenang, rasa damai dengan keindahan alam ciptaan Allah, terasa segala masalah dapat dilupakan sekejap.  Gembiranya hati ini. dan yang paling gembira, saya dapat hadiah yang besar masa bertukar-tukar hadiah dengan kawan-kawan yang lain.





 Ni gambar saya semasa terima hadiah tu, hehe, seronoknya dapat hadiah paling besar..






pelbagai kisah sepanjang setahun lebih dekat UPSI, kalau difikir balik best jugak ye, betullah orang kata zaman belajar ni zaman yang paling indah. jadi hargailah masa dengan sebaik mungkin sepanjang kita masih bergelar student ni, hehe..
kitorang jugak ada buat pelbagai tugasan sepanjang setahun lebih dekat sini. Antara tugasan yang saya kira agak mencabar adalah program di pusat perlindungan wanita, Raudhatus Sakinah. Pusat ini terletak di Rawang, kira-kira sejam lebih perjalanan dari Tanjung Malim ke Rawang.




Tugasan ini adalah dibawah subjek Penyelewengan sosial dan Delinkuensi Remaja. Pelbagai aktiviti yang kami buat di pusat ini bersama-sama remaja perempuan yang berada di pusat perlindungan ini. antaranya ialah LDK, energizer dan lain-lain lagi. Kami juga membawa inovasi yang telah kami hasilkan dan telah digunakan untuk peserta disana.  perasaan saya pada ketika itu sangat gembira kerana telah berjaya mengadakan program untuk remaja di bawah pusat perlindungan. saya tidak memandang rendah kepada mereka kerana mereka juga insan biasa seperti kita, kita juga banyak melakukan kesalahan. Mereka  layak diberikan peluang untuk memulakan hidup baru, semoga ada sinar harapan buat mereka, inshaAllah..

Selangkah ke Puncak Menara Gading

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelom tu, saya nak perkenalkan diri saya dulu, nama saya Nor Syahira Bt Mat Nasir.  Sekarang sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di tahun 2, semester 4. Next, saya nak terangkan serba sedikit mengenai latar belakang kaunseling saya, hehe. Saya pilih kaunseling sebab memang minat sejak dari sekolah lagi. Dekat sekolah, saya berangan-angan nak jadi cikgu kaunselor, yela tengok cikgu kaunselor sekolah saya dulu ayu dan lembut je, peramah pulak tu, mesra dengan semua student dan yang paling penting beliau amat disenangi semua orang. hehe...masa tu terpikir jugak, bestnya kalau boleh jadi kaunselor kan. tapi masa sekolah dulu student semua ada persepsi yang kalau sapa-sapa jumpa kaunselor atau dipanggil kaunselor mesti ada masalah atau buat masalah disiplin, saya pun tak terkecuali pikir macam tu..hehe. .biasalah budak-budak lagi masa tu, tapi bila berkecimpung sendiri dalam bidang kaunseling ni baru saya tahu kaunseling ni bukan untuk orang yang ada masalah atau untuk  budak-budak nakal je. Persepsi tu secara automatik telah bertukar, jeng jeng jeng. hehehe. Lagipun masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu cari saya kalau diorang nak cerita masalah, tak kisahlah masalah keluarga ke, pelajaran  atau cinta ehem2. saya pun tak tau kenapa diorang cari saya bila ada masalah, mungkin ciri-ciri pendengar yang baik atau pandai simpan rahsia ada pada diri saya. hehe.  Jadi dengan itu, saya lebih cenderung untuk memilih kos kaunseling selepas tamat STPM. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya minati iaitu kaunseling, saya berasa gembira sangat dan bersyukur kerana akhirnya impian saya menjadi kenyataan, rasa macam tak percaya, macam bermimpi je. Akhirnya terubat juga hati lara sebelum ini tak dapat sambung belajar ke peringkat universiti selepas SPM. dari situ saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah sentiasa mendengar doa hambaNya. Disaat Allah menurunkan hujan, kita tertanya-tanya kemana perginya matahari, kita menangis dan bersedih mencari matahari itu,  tetapi rupa-rupanya Allah nak hadiahkan sebuah pelangi yang indah. Alhamdulillah, saya dah berjaya tunaikan hasrat umi dan abah saya yang nak tengok anaknya menyambung pelajaran ke universiti. Syukur padaMu Ya Allah. 



      
        Gambar ni diambil masa saya di semester 1. Ni semua kawan-kawan sekelas saya. Kami seramai  25 orang satu batch.