Wednesday, 21 March 2018

Di Sini Perjuangan bermula

Assalamualaikum...sambung lagi, sepanjang setahun lebih berada dekat UPSI ni, segala pahit manis telah saya lalui, ada yang sedih, ada yang gembira, biasalah pengalaman kan...huhuuu. .yang sedih akan cuba ku hapuskan dari kotak ingatan ini, chewahh, dan yang gembira akan ku kenang sampai habis belajar dan sampai berkonvo nanti, inshaAllah. antara kenangan manis ialah kitorang satu kelas pernah pergi bersantai-santai di tasik kegemaran budak-budak UPSI iaitu tasik Proton City. kitorang buat makan-makan dan saling bertukar hadiah, masa tu hujung semester 1. hari tersebut dinamakan Kaizen Day. Opss lupa nak bagitahu nama batch kami Kaizen.  nak tahu tak apa maksud dia, haa untuk pengetahuan korang, nama ini dipilih kerana bunyinya macam gempak, hehehe, memang gempak pun dan maksud dia pun gempak gitu, maksud Kaizen ni pembaharuan yang berterusan. gempak kan, hehe, semoga sentiasa ada pembaharuan dalam diri kami.




ni lah gambar kami berpicnic di tasik Proton City '>]









Masa kami mula2 sampai, saya terpegun dengan keindahan tasik ni, dalam hati berkata cantiknya tempat ni, pemandangan yang menghijau, ada taman permainan kanak-kanak, ada pokok-pokok yang menghijau.  kelihatan ramai orang sedang beriadah dengan kawan-kawan, pasangan, dengan family. kelihatan kanak-kanak gembira bermain di taman dan nun jauh disana kelihatan orang sedang berjogging dan ada kanak-kanak yang sedang bermain buih sabun, seronoknya, rasa tenang, rasa damai dengan keindahan alam ciptaan Allah, terasa segala masalah dapat dilupakan sekejap.  Gembiranya hati ini. dan yang paling gembira, saya dapat hadiah yang besar masa bertukar-tukar hadiah dengan kawan-kawan yang lain.





 Ni gambar saya semasa terima hadiah tu, hehe, seronoknya dapat hadiah paling besar..






pelbagai kisah sepanjang setahun lebih dekat UPSI, kalau difikir balik best jugak ye, betullah orang kata zaman belajar ni zaman yang paling indah. jadi hargailah masa dengan sebaik mungkin sepanjang kita masih bergelar student ni, hehe..
kitorang jugak ada buat pelbagai tugasan sepanjang setahun lebih dekat sini. Antara tugasan yang saya kira agak mencabar adalah program di pusat perlindungan wanita, Raudhatus Sakinah. Pusat ini terletak di Rawang, kira-kira sejam lebih perjalanan dari Tanjung Malim ke Rawang.




Tugasan ini adalah dibawah subjek Penyelewengan sosial dan Delinkuensi Remaja. Pelbagai aktiviti yang kami buat di pusat ini bersama-sama remaja perempuan yang berada di pusat perlindungan ini. antaranya ialah LDK, energizer dan lain-lain lagi. Kami juga membawa inovasi yang telah kami hasilkan dan telah digunakan untuk peserta disana.  perasaan saya pada ketika itu sangat gembira kerana telah berjaya mengadakan program untuk remaja di bawah pusat perlindungan. saya tidak memandang rendah kepada mereka kerana mereka juga insan biasa seperti kita, kita juga banyak melakukan kesalahan. Mereka  layak diberikan peluang untuk memulakan hidup baru, semoga ada sinar harapan buat mereka, inshaAllah..

No comments:

Post a Comment