Sebelom tu, saya nak perkenalkan diri saya dulu, nama saya Nor Syahira Bt Mat Nasir. Sekarang sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di tahun 2, semester 4. Next, saya nak terangkan serba sedikit mengenai latar belakang kaunseling saya, hehe. Saya pilih kaunseling sebab memang minat sejak dari sekolah lagi. Dekat sekolah, saya berangan-angan nak jadi cikgu kaunselor, yela tengok cikgu kaunselor sekolah saya dulu ayu dan lembut je, peramah pulak tu, mesra dengan semua student dan yang paling penting beliau amat disenangi semua orang. hehe...masa tu terpikir jugak, bestnya kalau boleh jadi kaunselor kan. tapi masa sekolah dulu student semua ada persepsi yang kalau sapa-sapa jumpa kaunselor atau dipanggil kaunselor mesti ada masalah atau buat masalah disiplin, saya pun tak terkecuali pikir macam tu..hehe. .biasalah budak-budak lagi masa tu, tapi bila berkecimpung sendiri dalam bidang kaunseling ni baru saya tahu kaunseling ni bukan untuk orang yang ada masalah atau untuk budak-budak nakal je. Persepsi tu secara automatik telah bertukar, jeng jeng jeng. hehehe. Lagipun masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu cari saya kalau diorang nak cerita masalah, tak kisahlah masalah keluarga ke, pelajaran atau cinta ehem2. saya pun tak tau kenapa diorang cari saya bila ada masalah, mungkin ciri-ciri pendengar yang baik atau pandai simpan rahsia ada pada diri saya. hehe. Jadi dengan itu, saya lebih cenderung untuk memilih kos kaunseling selepas tamat STPM. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya minati iaitu kaunseling, saya berasa gembira sangat dan bersyukur kerana akhirnya impian saya menjadi kenyataan, rasa macam tak percaya, macam bermimpi je. Akhirnya terubat juga hati lara sebelum ini tak dapat sambung belajar ke peringkat universiti selepas SPM. dari situ saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah sentiasa mendengar doa hambaNya. Disaat Allah menurunkan hujan, kita tertanya-tanya kemana perginya matahari, kita menangis dan bersedih mencari matahari itu, tetapi rupa-rupanya Allah nak hadiahkan sebuah pelangi yang indah. Alhamdulillah, saya dah berjaya tunaikan hasrat umi dan abah saya yang nak tengok anaknya menyambung pelajaran ke universiti. Syukur padaMu Ya Allah.
Gambar ni diambil masa saya di semester 1. Ni semua kawan-kawan sekelas saya. Kami seramai 25 orang satu batch.

No comments:
Post a Comment